Olimpik 2024: Lee Zii Jia Menang Sekali Bertemu Lakshya Sen
August 4, 2024 Hafizuddin Omar

Pingat gangsa dalam acara badminton bagi perseorangan lelaki di Sukan Olimpik Paris 2024 akan direbut oleh pemain negara, Lee Zii Jia dan pemain India, Lakshya Sen.

Pertembungan itu terhasil selepas kedua-duanya tewas pada aksi separuh akhir yang berlangsung pada hari ini.

Pada peringkat tersebut, Zii Jia tewas kepada Kunlavut Vitidsarn manakala Lakshya pula tumpas di tangan pemenang pingat emas Olimpik 2020, Viktor Axelsen.

Bercakap mengenai perebutan pingat gangsa ini, kedua-dua pernah merekodkan lima pertemuan di pelbagai kejohanan antarabangsa sejak 2016. 

Daripada kesemua pertemuan itu, Zii Jia hanya mencatatkan satu kemenangan ke atas pemain yang menghuni ranking ke-22 dunia pada masa kini iaitu ketika turun di saingan Piala Thomas 2022.

Manakala baki empat pertemuan  lagi di Siri Antarabangsa India 2016, Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England 2022, Terbuka Indonesia 2023 dan Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England 2024 berakhir dengan kekalahan.

View this post on Instagram

A post shared by Lakshya Sen (@senlakshya)

Featured Image: Olympic Council of Malaysia

Komen