Olimpik 2024: Pelari Muda Thailand Gagal Ke Perlumbaan Akhir – Catat Masa 10.14s
August 5, 2024 Hafizuddin Omar

Tiada pelumba dari rantau asia tenggara berjaya menempatkan diri di perlumbaan acara pecut 100 meter (m) kategori lelaki di temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

Perkembangan ini hadir selepas pelumba tunggal asia tenggara dari Thailand, Puripol Boonson, yang beraksi pada peringkat separuh akhir, menamatkan perlumbaan Heat 3 di kedudukan yang terakhir.  

Dalam perlumbaan itu juga, atlet berusia 18 tahun berkenaan melintasi garisan penamat dengan catatan masa 10.14 saat (s) – lewat 0.01s berbanding direkodkannya ketika beraksi pada Pusingan 1, semalam.

Selain itu, catatan masa 10.14s itu juga lewat sebanyak 0.12s berbanding rekod terbaik peribadinya iaitu 10.02s dilakukan ketika merangkul pingat perak di Sukan Asia Hangzhou 2022.

Sementara itu, dua pelumba daripada Heat 3 yang melayakkan diri secara automatik ke perlumbaan akhir 100m ialah Kishane Thompson (Jamaica) dan Fred Kerley (Amerika Syarikat) dengan merekodkan larian sepantas 9.80s dan 9.84s masing-masing.

Featured Image: Athletic Association of Thailand

Komen