Jangan Jadi Macam Saya, 3 Medal Warna Sama – Pesan Chong Wei Kepada Aaron-Wooi Yik
August 5, 2024 Hafizuddin Omar

Kejayaan beregu lelaki No.1 negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik meraih pingat gangsa di Sukan Olimpik Paris 2024 turut mendapat pujian dan ucapan tahniah daripada Datuk Wira Lee Chong Wei – legenda badminton tanah air.

Bukan itu sahaja, pemain No.1 dunia selama 348 minggu itu turut menganggap pertembungan Aaron-Wooi Yi menentang Kim Astrup dan Anders Skaarup Rasmussen dari Denmark sebagai paling mendebarkan pernah disaksikannya.

“Gilalah game (perlawanan) ini. Game (Perlawanan) yang patut kalah tapi gandingan lelaki sejati Melaka-KL ini selangkah serangkak mengembalikan harapan untuk lencana di dada.” katanya menerusi hantaran di pelbagai platform media sosialnya.

“Terima kasih Aaron-Wooi Yik. Andalah hero Negara sekali lagi. Malaysia sekarang secara rasmi di tangga pingat Olimpik Malaysia!!!! Yeah!!!” tambahnya lagi.

View this post on Instagram

A post shared by Datuk Wira Lee Chong Wei (@leechongweiofficial)

Di saat bekas pemain berusia 41 tahun ini mencoretkan pujian dan ucapan tahniah itu, Chong Wei sempat melemparkan nasihat dalam nada berjenaka kepada Aaron-Wooi Yik agar tidak mengumpul tiga medal Sukan Olimpik dalam warna yang sama sepertinya.

“Medal seterusnya, saya doakan kamu warna lain!!!” katanya.

Semasa bergelar pemain, Chong Wei sempat beraksi dalam empat edisi Sukan Olimpik dan berjaya membawa pulang tiga pingat perak daripada temasya edisi Beijing 2008, London 2012 dan Rio 2016.

Seperti ramai ketahui, pingat gangsa yang dipungut Aaron-Wooi Yik pada malam tadi merupakan yang kedua diraih mereka selepas merangkul kilauan pingat yang sama pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Pingat gangsa itu menjadi milik Aaron-Wooi Yik selepas berjaya menumbangkan beregu senior Indonesia, Hendra Setiawan dan Mohammad Ahsan.

Featured Image: Facebook Lee Chong Wei

Komen