Kedudukan perseorangan badminton lelaki negara, Lee Zii Jia dalam kedudukan Ranking Dunia meningkat satu anak tangga selepas membutirkan pingat gangsa di Sukan Olimpik Paris 2024.
Hasil kemaskini oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada hari ini, Zii Jia yang merupakan kelahiran Alor Setar, Kedah menghuni tangga keenam dunia pada minggu ini.
Hasil kemaraannya ke peringkat separuh akhir dan penentuan pingat gangsa semalam telah memberikannya sebanyak 11,500 mata sekaligus membolehkannya mengumpul 83,716 mata secara keseluruhan.
Sementara itu, pemenang pingat perak, Kunlavut Vitidsarn dari Thailand yang menumpaskan Zii Jia pada peringkat separuh akhir melakar kenaikan yang signifikan iaitu empat kenaikan anak tangga.
Kini, pemain berusia 23 tahun merangkap juara Kejohanan Dunia BWF 2023 itu menghuni ranking keempat dunia.
Manakala pemenang pingat emas Olimpik buat kali kedua berturut-turut dari Denmark, Viktor Axelsen tidak berubah kedudukannya dan kekal di tangga kedua dalam Ranking Dunia.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia