Kempen sulung pelumba basikal trek wanita negara, Nurul Izzah Izzati Mohd. Asri dalam acara keirin di Sukan Olimpik Paris 2024 menemui titik noktahnya.
Pelumba berusia 20 tahun kelahiran Sungai Petani, Kedah ini terpaksa akur tidak dapat melayakkan diri ke pusingan suku akhir dalam acara tersebut.
Ianya selepas Izzati menamatkan perlumbaan pusingan pertama repechage bagi saringan 1 (heat 1) di tempat ketiga di belakang Kelsey Mitchell dan Katy Marchant dari Kanada dan Great Britain masing-masing.

Untuk makluman semua, hanya dua pelumba pertama yang melintasi garisan penamat bagi saringan itu sahaja mendapat tiket kemaraan ke peringkat suku akhir.
Terdahulu, Izzati terpaksa beraksi pada pusingan repechage selepas menamatkan perlumbaan pusingan 1 bagi saringan 5 (heat 5) di tempat keempat.
Biarpun kempennya dalam acara keirin telah tamat, kelibat Izzati di Velodrom Nasional Saint-Quentin-en-Yvelive masih kelihatan dengan dia akan turun mengambil bahagian dalam acara pecut bermula jam 8 malam (waktu Malaysia) pada 9hb Ogos (Jumaat).
Featured Image: Olympic Council of Malaysia