Perjalanan jaguh basikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang dalam acara pecut di Sukan Olimpik Paris 2024 menemui titik penghujungnya di pusingan 1/8 repechage.
Ianya susulan pelumba berusia 36 tahun terbabit menamatkan perlumbaan pada peringkat tersebut di tempat ketiga sekaligus menutup jalan buatnya untuk mara ke peringkat suku akhir.
Pelumban Poland, Mateusz Rudyk muncul pemenang bagi perlumbaan itu dan mengaut tiket tunggal ke pusingan suku akhir daripada aksi saringan itu.
Terdahulu, Azizul atau nama julukannya, The Pocket Rocketman terpaksa berentap di pusingan 1/8 repechage selepas tewas kepada pelumba Belanda, Jeffrey Hoogland pada pusingan 1/8.
Dalam perlumbaan terbabit, Hoogland yang berusia 31 tahun tahun muncul yang pertama melintasi garisan penamat dengan kelebihan 0.037 saat (s) sahaja.
Dengan berakhirnya perjalanan Azizul dalam acara pecut, pelumba kelahiran Dungun, Terengganu ini akan beralih kepada satu lagi acara iaitu keirin yang akan bermula pada 10hb Ogos kelak.