Bekas Bek Real Madrid, Pepe Umum Persaraan Pada Usia 41 Tahun
August 9, 2024 Hafizuddin Omar

Pemain yang pernah menyarung jersi Real Madrid selama satu dekad iaitu Kepler Laveran de Lima Ferreira atau terkenal dengan nama Pepe mengumumkan persaraannya sebagai pemain bola sepak pada usia 41 tahun.

Pengumuman itu dilakukannya menerusi satu video berdurasi sekitar 33 minit di Youtube yang merangkumkan perjalanan karier, kelab yang disertainya serta kejuaraan yang pernah dirangkulnya sepanjang lebih dua dekad berkecimpung dalam dunia bola sepak.

Pepe yang diketahui dengan gaya permainan yang keras dan kasa ini memulakan karier profesionalnya bersama kelab yang beraksi dalam kancah bola di negara kelahirannya iaiti Maritimo sebelum berhijrah ke kelab gergasi Portugal, Porto.

View this post on Instagram

A post shared by Pepe (@official_pepe)

Selepas tiga musim bersama Porto, Pepe meneruskan kariernya di ibu kota bagi Sepanyol setelah Real Madrid mengeluarkan duit sebanyak €30 juta untuk mendapatkan khidmatnya.

Jodoh Pepe bersama Real Madrid berlangsung sehingga 2017 sebelum dia berhijrah menyertai Besiktas di Liga Turki dan akhir sekali, kembali semula ke Porto.

Sementara itu, penyertaannya di EURO 2024 baru-baru ini menjadi tugasan terakhirnya bersama skuad kebangsaan Portugal.

Sepanjang bergelar pemain, Pepe boleh dilabelkan antara pemain paling berjaya dengan memenangi hampir kesemua trofi utama dalam kancah bola sepak seperti kejuaraan liga, saingan piala kalah mata, Liga Juara-Juara UEFA, Super Cup UEFA dan Piala Dunia Kelab FIFA.

Komen