Faisal Halim Buat Penampilan Pertama Bersama Selangor FC Selepas Serangan Asid
August 10, 2024 Hafizuddin Omar

Penyerang sayap lincah, Faisal Halim kembali tampil beraksi di atas padang buat pertama kalinya selepas insiden serangan asid ke atasnya oleh individu yang tidak dikenali pada awal Mei lalu.

Penampilan itu dilakukan bersama kelabnya, Selangor FC ketika bertemu Kelantan Darul Naim FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada aksi kelapan Liga Super 2024-25 pada hari ini.

Ketua jurulatih Selangor FC, Nidzam Jamil bertindak memasukkan pemain berusia 26 tahun tersebut pada minit ke-85 menggantikan pemain sayap Jordan iaitu Reziq Banihani sambila disaksikan 7,465 penonton yang hadir di stadium berkenaan.

Walaupun beraksi dalam tempoh masa yang pendek, Faisal hampir-hampir meletakkan namanya dalam senarai penjaring namun mujurlan tandukkannya pada 88’ sekadar singgah menggegarkan palang gol lawan.

Perlawanan itu berakhir pada 90+6’ dimana Selangor berjaya merakamkan kemenangan dengan keputusan 2-0 hasil jaringan berganda daripada Ronnie Fernandez pada 66’ dan 87’ masing-masing.

Featured Image: Selangor FC

Komen