Olimpik 2024: Azizul ‘DSQ’ Dibatalkan Acara Keirin
August 10, 2024 Hafizuddin Omar

Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang bukan sahaja tidak dapat menjelmakan sebarang pingat kiluan pingat daripada acara kegemarannya, keirin, di Sukan Olimpik Paris 2024.

Bahkan pelumba berusia 36 tahun yang merangkul pingat perak dalam acara yang sama pada temasya Olimpik lalu dibatalkan penyertaannya sebelum bermulanya pusingan 1 pada saringan 1 (heat 1) di Velodrom Nasional Saint-Quentin-en-Yvelines sebentar tadi.

Penyertaan Azizul atau nama julukannya, The Pocket Rocketman dibatalkan setelah didapati memotong terlalu awal sebelum “derny” atau “pacer” keluar sepenuhnya daripada trek tersebut.

Pada masa yang sama, perlumbaan itu terpaksan dimulakan semula tanpa kelibat Azizul.

Difahamkan pasukan Malaysia sedang berbincang dengan pihak juri untuk mengesahkan kedudukan Azizul dalam acara tersebut.

Featured Image: Majlis Sukan Negara Malaysia

Komen