Olimpik 2024: Shah Firdaus Muncul Pemenang Pusingan 1 Repechage Saringan 3 – Mara Suku Akhir
August 11, 2024 Hafizuddin Omar

Saingan suku akhir acara keirin lelaki akan terus diwarnai dengan kehadiran pelumba Malaysia.

Ini selepas Muhammad Shah Firdaus Sahrom berjaya menamatkan pusingan 1 repechage saringan (heat) 3 di tempat pertama.

Keputusan itu sekaligus membawanya ke peringkat suku akhir acara tersebut pada temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

Pelumba yang menamatkan perlumbaan tersebut di tempat kedua ialah Rayan Helal dari Perancis namun tidak diberikan tiket kemaraan ke suku akhir susulan juri meletakkannya sebagai “relegated”.

Sebaliknya, pelumba yang menamatkan perlumbaan di tempat ketiga iaitu Nick Wammes dari Kanada, melintasi garisan penamat 0.014 saat (s) lewat daripada Shah diberikan tiket kemaraan tersebut.

Terdahulu, Shah terpaksa bertarung di pusingan 1 repechage selepas didapati melakukan kesalahan melanggar garisan biru dan dihukum “relegated” oleh juri biarpun telah menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.

Featured Image: Olympic Council of Malaysia

Komen