Olimpik 2024: Shah Firdaus No.3 Suku Akhir Saringan 1 – Mara Ke Separuh Akhir 
August 11, 2024 Hafizuddin Omar

Kempen pelumba basikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dalam cara keirin mara setapak lagi sehingga ke peringkat separuh akhir.

Pelumba berusia 28 tahun kelahiran Johor tersebut berjaya merakamkan kemaraan ke peringkat separuh akhir dalam acara tersebut di Sukan Olimpik Paris 2024.

Kemaraan itu dicetak selepas berhasil menamatkan perlumbaan suku akhir saringan (heat) 1 di tempat ketiga di belakang Jack Carlin (Great Britain) dan Matthew Glaetzer (Australia).

Untuk makluman semua, empat pelumba terbaik daripada saringan ini akan mendapat tiket kemaraan ke peringkat separuh akhir.

Turut meraih tiket kemaraan tersebut adalah pelumba Jepun, Kaiya Ota yang lewat 0.004 saat sahaja berbanding Shah.

Sebagai tambahan, ini merupakan julung kalinya Shah berhasil mara ke peringkat separuh akhir selepas terjatuh pada suku akhir pada edisi lalu dan tidak dapat meneruskan perlumbaan.

Bagi aksi separuh akhir, perlumbaan ini dijadualkan berlangsung bermula pukul 6.29 petang.

Featured Image: Olympic Council of Malaysia

Komen