Olimpik 2024: Shah Ke Pusingan Akhir, Pelumba Jepun Tempat Ketiga ‘Relegated’
August 11, 2024 Hafizuddin Omar

Pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom menamatkan perlumbaan peringkat separuh akhir di tempat keempat sekaligus tidak layak ke pusingan akhir acara keirin Sukan Olimpik Paris 2024.

Bagaimanapun, rezeki yang tidak disangka-sangka berpihak kepada pelumba berusia 28 tahun tersebut apabila pelumba Jepun, Kaiya Ota yang menamatkan perlumbaan di tempat ketiga dibatalkan oleh pihak juri.

Menurut laporan rasmi, Ota dibatalkan kemenangannya selepas didapati melakukan kesalahan bergerak ke bawah memasuki bahagian dalam trek ketika pelumba lain sudah berada di situ.

Susulan kesalahan dilakukan dan hukuman yang diberikan, Shah diletakkan di tempat ketiga pada perlumbaan separuh akhir heat (saringan) 2 sekaligus meraih tiket tiket ke pusingan akhir.

Kemaraan Shah mengiringi pelumba Australia, Matthew Richardson dan juara keirin tiga kali dunia, Harrie Lavreysen ke pusingan akhir acara keirin untuk temasya Olimpik kali ini.

Sementara itu, tiga pelumba daripada saringan (heat) 1 yang layak ke pusingan akhir ialah Jack Carlin (Great Britain) dan Matthew Glaetzer (Australia) untuk merebut pingat.

Perlumbaan akhir dijadualkan berlangsung pada jam 7.29 malam nanti.

Featured Image: Olympic Council of Malaysia

Komen