Olimpik 2024: Harrie Lavreysen Rangkul Emas Keirin, Shah Firdaus ‘Relegated’
August 11, 2024 Hafizuddin Omar

Pelumba Belanda yang berusia 27 tahun, Harrie Lavreysen muncul pemenang pingat emas bagi acara keirin di Sukan Olimpik Paris 2024.

Sementara itu pingat perak dan gangsa pula dibawa pulang oleh pelumba Australia, Matthew Richardson dan Matthew Glaetzer masing-masing.

Manakala pelumba negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom terpaksa berputih mata untuk mengutip sebarang pingat daripada cara ini apabila jatuh sebelum garisan ekoran dilanggar Shinji Nakano dari Jepun.

Bagaimanapun, Shah berhasil menamatkan perlumbaannya di tempat keempat namun pihak juri memberikan hukuman membatalkan (relegated) kedudukannya itu.

Alasannya, Shah didapati bergerak ke bawah bergerak ke bawah memasuki bahagian dalam trek ketika pelumba lain atau pencabarnya sudah berada di situ

Manakala dua lagi pelumba iaitu Nakano dan Jack Carlin dari Great Britain tidak menamatkan perlumbaan namun berkongsi kedudukan di tempat keempat masing-masing dalam pusingan akhir ini.

Featured Image: Olympic Council of Malaysia

Komen