David De Gea Sertai Fiorentina Selepas 13 Bulan Menganggur
August 12, 2024 Hafizuddin Omar

Penjaga gol berusia 33 tahun iaitu David De Gea kembali dalam arena bola sepak selepas 13 bulan tanpa kontrak dengan mana-mana kelab selepas meninggalkan Manchester United.

Kelab yang beraksi dalam kancah Serie A di Itali, ACF Fiorentina menjadi majikan baharu buat pemain berasal dari Madrid, Sepanyol itu.

Penyertaan De Gea bersama skuad berjulukan La Viola itu diumumkan secara rasmi menerusi satu kenyataan di laman sesawang rasmi serta beberapa perkongsian di media sosial kelab berkenaan pada Jumaat.

View this post on Instagram

A post shared by Lega Serie A (@seriea)

Pengumuman itu hadir selepas De Gea yang akan menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-34 pada November nanti selepas selesai dan lulus ujian kesihatan.

Untuk makluman semua, De Gea meninggalkan Manchester United pada awal Julai tahun lalu selepas 12 tahun bersama kelab berjulukan Red Devils dengan merekodkan 545 penampilan serta 190 perlawanan tanpa bolos.

Bersama Manchester United, De Gea turut merangkul kejuaraan Liga Perdana (PL), Piala FA, Liga Europa serta Piala Liga.

Sebagai tambahan, musim lalu, Forentina bimbingan Vincenzo Italiano menamatkan saingan Serie A di tempat kelapan selain mara ke peringkat separuh akhir Coppa Italia.

Musim ini, Fiorentina mendapat khidmat pengurus baharu iaitu Raffaele Palladino, 40 tahun, yang merupakan pengurus AC Monza dari 2022 hingga 2024.

Featured Image: ACF Fiorentina

Komen