Kejohanan utama anjuran Konfederasi Bola Sepak Asia 2024-25 akan diserikan dengan kehadiran jenama telefon pintar dari China iaitu Tecno.
Perkembangan ini hadir selepas Tecno tampil selaku Penyokong Global Rasmi bagi tiga kejohanan iaitu Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE), Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) dan Liga Juara-Juara AFC Wanita (ACLW).
Pemeteraian Tecno dan AFC ini hadir pada hari ini dalam satu majlis yang diadakan di Kuala Lumpur – tiga hari sebelum berlangsung majlis undian bagi ACLE dan ACL2 pada Jumaat nanti.

Hasil pemeteraian ini menyaksikan Tecno dapat meluaskan jangkauannya di pasaran benua asia selain hubungan bermakna dengan setiap peminat bola sepak di rantau ini.
Sebagai rekod, ini bukanlah julung kalinya Tecno hadir menyerikan kancah bola sepak antarabangsa.
Sebelum ini, Tecno telah hadir menaja saingan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) 2023.
Untuk makluman semua, ketiga kejohanan di atas turut disertai oleh kelab bola sepak dari Malaysia iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT), Selangor FC dan Sabah FA masing-masing.
Featured Image: AFC