Ranking Pecut: Azizulhasni Awang Duduki Tangga Kesepuluh Dunia
August 14, 2024 Hafizuddin Omar

Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang menduduki kelompok sepuluh pelumba terbaik dalam Ranking Pecut Dunia selepas mara ke pusingan akhir 1/8 repechage di Sukan Olimpik Paris 2024.

Kedudukan itu dihuni Azizul atau nama julukannya, “The Pocket Rocketman” merekodkan kenaikan satu anak tangga selepas kemaskini oleh Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) pada Selasa.

Kemaraan Azizul, 36 tahun, ke peringkat tersebut di temasya Olimpik memberikannya 380 mata sekaligus mengumpul 2,130 mata secara keseluruhan.

Manakala seorang lagi pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang mara setakat pusingan akhir 1/32 repechages pula merekodkan kenaikan lima anak tangga.

Kini, pelumba berasal dari Muar, Johor yang berusia 28 tahun itu berada di kedudukan ke-29 dunia dalam acara ini.

Sementara itu, pelumba Belanda yang berjaya mempertahankan pingat emas di Olimpik, Harrie Lavreysen mengungguli Ranking Pecut Dunia dengan merampas kedudukan itu dari pelumba Poland, Mateusz Rudyk yang menghuni kedudukan berkenaan sebelum ini.

Featured Image: Majlis Sukan Negara Malaysia

Komen