
Pemain tengah menyerang berusia 22 tahun, Cole Palmer akan menabur khidmat bersama Chelsea yang beraksi dalam kancah Liga Perdana (PL) sekurang-kurangnya sehingga tahun 2033.
Perkembangan ini hadir selepas pemain kelahiran Manchester itu bersetuju untuk melanjutkan kontraknya selama dua tahun lagi selepas menandatangani kontrak selama tujuh tahun ketika diumumkan menyertai Chelsea pada September 2023.
Lanjutan ini ditandatangani Palmer selepas melalui musim pertamanya bersama skuad berjulukan The Blues dengan cemerlang – menjaringkan 25 gol serta mencipta 15 bantuan gol daripada 45 penampilannya dalam kesemua pertandingan.
Kehebatannya di atas padang itu juga telah membuatkan Palmer mendapat undian tertinggi untuk dinobatkan sebagai Pemain Muda Terbaik Liga Perdana Musim 2023-24 mengatasi beberapa nama besar seperti Erling Haaland, Phil Foden dan Bukayo Saka.
Untuk makluman, ketika menyertai Chelsea pada tahun lalu, berhijrah daripada Manchester City, Palmer menandatangani kontrak tujuh tahun dengan pilihan lanjutan selama setahun.
Featured Image: Chelsea Football Club