Bruno Fernandes Tandatangan Kontrak Baharu 3+1 Tahun
August 15, 2024 Hafizuddin Omar

Pemain tengah menyerang kelahiran Portugal, Bruno Fernandes akan kekal menyarung jersi merah dan seluar putih Manchester United selama tiga tahun lagi.

Ini susulan pemain yang menyambut ulang tahun kelahirannya ke-29 pada 8hb September lalu menandatangani kontrak lanjutan bersama kelab berjulukan “Red Devils” sehingga 30hb Jun 2027. 

Bukan itu sahaja, kontrak yang ditandatangani Bruno merangkap kapten Manchester United itu turut disertakan dengan pilihan lanjutan selama satu tahun lagi.

Sejak menyertai Manchester United pada Januari 2020, Bruno menjadi tonggak kelab dengan menjaringkan 79 gol dan mencipta 67 bantuan gol daripada 234 penampilannya dalam pelbagai pertandingan.

Untuk rekod, kontrak yang ditandatangani Bruno ketika menyertai Manchester United adalah selama lima tahun dan setengah dimana dia akan bersama “Red Devils” sehingga penghujung Jun 2026 dengan pilihan lanjutan selama 12 bulan.

Featured Image: Manchester United

Komen