
Penjaring yang menjaringkan 24 gol dalam kancah Serie A musim 2023-24, Lautaro Martinez akan kekal bersama Inter Milan sehingga penghujung musim 2029.
Perkembangan ini hadir selepas Martinez yang juga kapten bagi skuad berjulukan Nerazzurri menandatangani kontrak lanjutan jangka masa panjang bersama kelab berkenaan.
Lanjutan itu hadir selepas Martinez, 26 tahun, menjaringkan 129 gol termasuk 24 gol dalam kancah Serie A yang lalu daripada 249 penampilannya bersama Inter sejak Julai 2018.
Jumlah gol itu juga membantu Inter Milan bimbingan Simone Inzaghi merangkul kejuaraan Serie A buat kali ke-20 dalam sejarah pembabitan kelab berkenaan.
Untuk pengetahuan semua, kontrak asalnya akan tamat pada tahun 2026.
Sebagai tambahan, Inter akan memulakan kempen Seria musim 2024-25 dengan berkunjung ke Stadium Luigi Ferraris untuk menentang Genoa.
Featured Image: Inter Milan