ACL2: Selangor Elak Bertemu Kelab Bimbingan Bojan Hodak
August 16, 2024 Hafizuddin Omar

Naib juara Liga Super 2023, Selangor FC mengelak daripada bertemu semula Bojan Hodak yang kini membimbing Persib Bandung pada peringkat kumpulan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2).

Sebelum berhijrah menyertai Persib Bandung, Bojan merupakan ketua jurulatih Kuala Lumpur City FC (KL City) yang pernah memberikan saingan sengit kepada Selangor FC dari tahun 2021 hingga 2023.

Sebaliknya, skuad berjulukan “Red Giants” bimbingan Nidzam Jamil diundi dalam Kumpulan H bersama-sama satu kelab dari Republik Korea dan dua buah kelab dari rantau asia tenggara.

Kelab-kelab tersebut ialah Jeonbuk Hyundai Motors FC (naib juara Piala FA Korea 2023), Muangthong United FC (naib juara Piala Liga Thai) dan Dynamic Herb (naib juara Liga Filipina).

Sementara itu, hasil undian bagi tiga buah lagi kumpulan untuk rantau asia timur adalah seperti berikut:

Manakala hasil undian bagi empat buah kumpulan untuk rantau asia barat pula adalah seperti grafik di bawah:

Untuk makluman, perlawanan pertama peringkat kumpulan ACL2 bagi rantau asia timur akan berlangsung pada 18hb – 19hb September.

Saingan peringkat kumpulan akan berlangsung sebanyak enam perlawanan kesemuanya sehingga 4hb – 5hb Disember.

Juara dan naib juara kumpulan akan mendapat tiket kemaraan ke peringkat kalah mati iaitu Pusingan 16.

Setiap kelab yang menyertai saingan ACL2 ini akan mendapat habuan sekurang-kurangnya AS$300,000 sementara pertambahan sebanyak AS$80,000, AS$160,000, AS$240,000 sekiranya mara ke pusingan 16, suku akhir dan separuh akhir masing-masing.

Manakala juara dan naib juara pula akan membawa pulang tambahan duit AS$2.5 juta dan AS$1 juta masing-masing.

Featured Image: Selangor FC / Persib Bandung

Komen