Terbuka Jepun: Pemain No.29 Dunia Singkir Lee Zii Jia Pada Pusingan 32
August 20, 2024 Hafizuddin Omar

Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2024, Lee Zii Jia hanya beraksi satu perlawanan sahaja dalam saingan Terbuka Jepun 2024.

Ini berikutan pemain berusia 26 tahun tersebut tewas di tangan pemain yang menghuni ranking ke-29 dunia, Alex Lanier pada pusingan 32, hari ini.

Dalam pertembungan tersebut, Zii Jia yang diletakkan sebagai pilihan keenam tewas secara “straight set” menerusi skor 18-21 dan 13-21 dalam tempoh masa 41 minit.

Untuk makluman, ini merupakan julung kalinya Zii Jia dan Alex dari Perancis bertembung di kejohanan antarabangsa.

Susulan kejayaan menumbangkan Zii Jia, Alex dapat meneruskan kemaraan ke pusingan 16 dalam saingan yang bertaraf Super 750 ini.

Menantinya pada peringkat tersebut adalah pemain Indonesia yang menghuni ranking ke-34 dunia, Chico Aura Dwi Wardoyo.

Sementara itu, Zii Jia dilihat tidak mendaftarkan diri dalam saingan Terbuka Korea 2024 bertaraf Super 500 yang berlangsung 27hb Ogos hingga 1hb September.

Bagaimanapun, namanya kelihatan dalam senarai “M & Q Report” bagi saingan Terbuka Hong Kong 2024, juga bertaraf Super 500, yang dijadualkan diadakan bermula 10hb September hingga 15hb September.

Featured Image: VICTOR Facebook

Komen