Dua sukan tradisional India iaitu Silambam dan Kabbadi akan terus disenaraikan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-22 yang akan berlangsung di Selangor.
Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh selepas menghadiri perlawanan sukan Silambam yang dipertandingkan di SUKMA Ke-21 di Hikmah Exchange Event Centre, Kuching, Sarawak.
Untuk makluman, ini merupakan julung kalinya Silambam dan Kabbadi dipertandingkan di temasya dwitahunan negara sebagai sukan pingat.
Sebelum ini, kedua-dua sukan terbabit hanya ditampilkan sebagai sukan demonstrasi.
Difahamkan, selain memastikan sukan tradisi ini tidak lupus ditelan zaman, penyertaan Silambam dan Kabbadi dalam SUKMA juga bertujuan untuk mencungkil bakat dari kalangan belia India agar mereka mempunyai peluang untuk bertanding di arena antarabangsa seperti Sukan Asia yang turut mempertandingkan sukan ini.
Featured Image: Kementerian Belia dan Sukan