Penyerang Portugal berusia 24 tahun, Joao Felix kembali semula ke Chelsea selaku pemain tetap selepas menyertai kelab berkenaan sebagai pemain pinjaman pada musim 2022-23.
Kedatangan semula penyerang berketinggian 1.81 meter (m) itu disusuli dengan ikatan kontrak dirinya bersama skuad berjulukan The Blues selama tujuh tahun – menyaksikannya kekal sehingga penghujung musim 2030-31.
Pengumuman penyertaan Felix daripada Atletico Madrid itu diumumkan secara Chelsea menerusi laman sesawang rasminya dan pelbagai platform media sosial milik mereka, pada Rabu.
Ketika menyertai Chelsea secara pinjaman dua musim yang lalu, Felix meraih 20 penampilan dalam saingan Liga Perdana (PL) dan Liga Juara-Juara UEFA (UEFA) selain menyumbangkan empat gol.
Selepas tamatnya musim berkenaan, Felix pulang semula ke Atletico namun pada awal musim 2023-24 dia berhijrah menyertai FC Barcelona secara pinjaman selama semusim.
Bersama skuad berpangkalan di Catalan itu, Felix merekodkan 44 penampilan serta menjaringkan sepuluh gol – membantu skuad bimbingan Xavi muncul naib juara La Liga, suku akhir Copa del Rey dan suku akhir UCL.
Bersama Chelsea, Felix akan menyarung jersi bernombor 14.
Featured Image: Chelsea