“I Have Nothing To Say” – Kata Penolong Jurulatih JDT Dalam Sidang Media Selama 1 Minit Setengah
August 23, 2024 Hafizuddin Omar

Hanya komen-komen pendek diberikan pihak Johor Darul Ta’zim (JDT) semasa hadir dalam sidang media praperlawanan akhir Piala FA 2024-25 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada hari ini.

Tanpa kehadiran ketua jurulatih, Hector Bidoglio, skuad berjulukan Harimau Selatan yang merupakan juara bertahan itu mewakilkan penolong jurulatihnya, Jose Lopez dan pertahanan berdarah campuran, Junior Eldstal ke sidang media tersebut.

Ketika ditanyakan mengenai persiapan JDT menjelang pertembungan menentang skuad Gergasi Merah pada hari esok, Lopez hanya menjawab, “I dont know (saya tidak tahu),” 

Ia disusuli dengan jawapan pendek daripadanya, “I have nothing to say,”

Sementara itu, Junior atau nama lainnya, Putera Nadher Amarhan, memberikan jawapan bahawa persiapan dilakukan pasukannya sangat baik. 

Very good (sangat baik),”

Selepas itu, Junior menyambung dengan jawapan, “No comment (tiada komen),” setelah ditanyakan wartawan mengenai perseteruan antara kelabnya dan juga Selangor FC.

Jawapan yang sama turut diberikan oleh Lopez terhadap soalan yang diajukan tersebut.

No comment (tiada komen),” jawabnya.

Sidang media melibatkan pihak JDT itu hanya berlangsung kira-kira dalam masa satu minit dan setengah sahaja sebelum kedua-dua pergi meninggalkan bilik tersebut.

JDT dan Selangor FC akan turun merebut kejuaraan Piala FA 2024-25 pada Sabtu (24hb Ogos) dengan sepak mula pada jam 9 malam.

Komen