Skechers Kasut Rasmi Kontinjen Paralimpik Malaysia – Tajaan RM28,672
August 26, 2024 Hafizuddin Omar

Kontinjen Paralimpik Malaysia akan menggayakan dan menyarung kasut jenama dari Amerika Syarikat, Skechers semasa upacara pembukaan Paralimpik Paris 2024 yang berlangsung pada pukul 8 malam (waktu Paris), 28hb Ogos kelak.

Perkembangan itu hadir susulan Skechers Malaysia dan Majlis Paralimpik Malaysia (PCM) berkolaborasi buat julung kalinya pada hari ini sekaligus menamakan jenama itu selaku Kasut Rasmi untuk Kontinjen Malaysia Semasa Upacara Pembukaan Paralimpik Paris 2024.

Kolaborasi itu menyaksikan Skechers memberikan 30 set kasut kepada setiap anggota Kontinjen Malaysia dimana setiap set merangkumi dua pasang kasut samada Slip-ins Max Cushioning Premier 2.0 atau Slip-ins Max Cushioning Elite 2.0 dan USA Garza Dorado atau Work Sure Track Warfell.

Dimaklumkan tajaan kasut-kasut itu berjumlah RM28,672 – berdasarkan harga runcit – secara keseluruhan.

Untuk makluman semua, temasya Paralimpik kali ini akan berlangsung dari 28hb Ogos hingga 8hb September 2024.

Kontinjen Negara dianggotai seramai 30 orang atlet untuk menyertai 8 jenis sukan dan 38 acara.

Sebagai tambahan, kolaborasi dan tajaan daripada Skechers ini hadir selepas memberikan sokongan kepada Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024 dengan jumlah tajaan bernilai RM194,290.

Slip-ins Max Cushioning Premier 2.0
Slip-ins Max Cushioning Elite 2.0
USA Garza Dorado
Work Sure Track Warfell
Komen