Ini Senarai Kem Nik Nazmi Untuk Bertanding Di Kongres KLFA
August 26, 2024 Hafizuddin Omar

Selang dua minggu selepas mengumumkan untuk menawarkan diri untuk dicalonkan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), YB Nik Nazmi Nik Ahmad mengemukan kepada umum senarai individu-individu daripada kemnya yang turut bertanding pada Kongres KLFA.

Beliau yang juga merupakan Menteri Sumber Asli & Kelestarian Alam merangkap Ahli Parlimen Setiawangsa 16 individu menerusi satu perkongsian di akaun media sosial peribadinya, X, pada Ahad.

Antara yang berada di dalam kemnya adalah ahli perniagaan, Dato’ Azril Mat Drus dan Ahli Parlimen Wangsa Maju, YB Ts. Zahir Hassan selaku calon Timbalan Presiden.

Manakala empat individu yang akan bertanding jawatan naib presiden adalah Ahli Dewan Negara merangkap Ahli Jawatankuasa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Senator Datuk Mohd Hisamuddin Yahaya; Ahli Parlimen Shah Alam, YB Azli Yusof; ahli perniagaan, Datuk Sham Shamrat Sen Gupta dan Pengarah Eksekutif Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Mohamad Hamim.

Sementara itu, sepuluh individu yang bertanding untuk merebut kerusi Ahli Jawatankuasa (Exco) adalah seperti berikut:

  • CEO Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera, Ibrahim Sani 
  • CEO Perbadanan Stadium Malaysia, Ilyas Jamil
  • Pengarah Masteron Group, Choh Kin Mann
  • Pengarah JuniorX merangkap Pengasas Liga Bola Sepak Akar Umbi JuniorX Malaysia, Ewan Saufi Abas
  • Bekas pemain bola sepak wanita kebangsaan & Kuala Lumpur, Nur Izwani Azman a.k.a Niena Azmann
  • Ahli Gabungan merangkap Setiausaha Agung KLFA, Nokman Mustafa
  • Ahli Gabungan KLFA, Azhar Abdul Rahim
  • Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Mohd Sori Husain
  • Ahli Gabungan KLFA, Rahmat Mohd Diah
  • Presiden Persatuan Bola Sepak Putrajaya, Datuk Ahmad Faisal Abdul Karim

Bagi kerusi Presiden KLFA, Nik Nazmi akan ditentang oleh seorang lagi Ahli Jemaah Menteri iaitu Menteri Komunikasi, YB Fahmi Fadzil yang turut menawarkan diri untuk bertanding selain menamakan beberapa individu di dalam kemnya termasuk Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin pada minggu lalu.

Untuk makluman, peneraju baharu KLFA akan diketahui selepas 35 ahli gabungan KLFA membuat pilihan dan pengundian pada Kongres KLFA pada 7hb September kelak.

Featured Image:  Nik Nazmi Nik Ahmad

Komen