Ranking BWF: Sze Fei-Izzuddin Kekal, Kang-Seo Jatuh
August 27, 2024 Hafizuddin Omar

Beregu badminton lelaki No.2 negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin kekal menghuni ranking ke-12 dunia biarpun berjaya merangkul kejuaraan Terbuka Jepun yang bertaraf Super 750 pada Ahad lalu.

Kemaskini oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada hari ini menunjukkan gandingan pemain berusia 27 dan 26 tahun masing-masing itu kekal di kedudukan berkenaan dengan mengumpul 64,826 mata.

Gelaran juara di Terbuka Jepun hasil menumpaskan juara Kejohanan Dunia BWF 2023, Kang Min-hyuk dan Seo Seung-jae telah memberikan mereka tambahan 11,000 mata untuk dimasukkan dalam pengiraan pelbagai ranking oleh BWF.

View this post on Instagram

A post shared by 서승재 (@seungjae__seo)

Namun begitu, lain pula kisahnya buat gandingan Kang-Seo yang tumpas pada perlawanan akhir tersebut.

Gandingan yang sama menjuarai Jelajah Dunia Akhir BWF 2023 itu jatuh satu anak tangga pada minggu dan terpaksa menghuni ranking ranking kelima dunia dengan pungutan 87,865 mata.

Kang-Seo kembali kedudukan tersebut selepas empat minggu selesa menduduki ranking keempat dunia.

Sementara itu, kemaskini pada hari ini juga memperlihatkan beregu lelaki No.1 negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik tidak berubah kedudukannya dan kekal tangga ketiga dunia.

Featured Image: Instagram Tan Bin Shen

Komen