Ranking BWF: Zii Jia Jejak No.4 Dunia Selepas 16 Bulan
August 27, 2024 Hafizuddin Omar

Lee Zii Jia kini kembali menghuni ranking keempat dunia.

Perseorangan badminton lelaki No.1 negara yang meraih pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu menghuni kedudukan berkenaan selepas Persekutuan Badminton Dunia melakukan kemaskininya pada hari ini. 

Sebagai rekod, kali terakhir pemain berusia 26 tahun kelahiran Alor Setar, Kedah dilihat menduduki ranking berkenaan adalah sekitar 16 bulan yang lalu – 23hb April 2023.

Zii Jia menduduki tempat keempat dunia itu berikutan pemain Thailand yang meraih pingat perak Olimpik 2024, Kunlavut Vitidsarn yang menghuni ranking berkenaan pada minggu lalu jatuh empat anak tangga pada kemaskini kali ini.

Sementara itu, kedudukan No.1 dunia kekal menjadi milik perseorangan China, Shi Yu Qi diikuti dengan pemenang pingat emas Olimpik sebanyak dua kali dari Denmark, Viktor Axelsen di tempat kedua.

Manakala kedudukan No.3 dunia pula dihuni pemain Indonesia, Jonathan Christie.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

Komen