Sukan SEA 2027: Kerajaan Malaysia Setuju Anjur Bersama Sarawak, Sabah & Pulau Pinang
August 28, 2024 Hafizuddin Omar

Malaysia sah menjadi tuan rumah bagi temasya Sukan SEA 2027. 

Pengesahan ini hadir selepas Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan Kerajaan Malaysia menerima tawaran daripada Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) untuk menjadi tuan rumah.

Keputusan itu hadir selepas perkara tersebut dipersetujui oleh Jemaah Menteri dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri. Dato’ Seri Anwar Ibrahim, pada hari ini.

Turut dimaklumkan, persetujuan itu hadir setelah mengambil kira komitmen penganjuran bersama oleh tiga buah negeri yang lain iaitu Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang menggunakan peruntukan masing-masing bersama-sama Kuala Lumpur.

Sebagai rekod, kesanggupan Malaysia menjadi tuan rumah bagi temasya dwitahunan edisi ke-25 itu adalah yang ketujuh selepas menganjurkannya pada tahun 1965, 1971, 1977, 1989, 2001 dan 2017. 

Featured Image: KL2017

Komen