Skuad bola sepak wanita Sabah memulakan kempen Kelayakan Liga Juara-Juara AFC Wanita (AWCL) 2024-25 dengan mengikat juara Liga Nepal 2023, APF FC.
Sabah kendalian Justin Ganai yang diperkuatkan dengan tiga pemain import, Win Theingi Tun (Myanmar), Eri Narita dan Misaki Nakayama (Jepun) mengikat wakil Nepal itu tanpa sebarang jaringan.
Keputusan yang terhasil di Stadium Likas itu menjadikan Sabah yang merupakan juara Liga Wanita Nasional (LWN) 2023 mengutip mata pertama dalam saingan kelayakan ini dan menghuni tangga kedua Kumpulan C.
Bagi APF FC pula, keputusan itu menyebabkan peluang mereka ke AWCL 2024-25 tertutup sama sekali ditambah dengan kekalahan 0-1 di tangan PFC Nasaf dari Uzbekistan pada perlawanan pertama, Ahad lalu.
Sabah pula akan dijadualkan menentang PFC Nasaf pada Sabtu kelak.
Skuad yang turut diperkuatkan dengan kehadiran pemain skuad kebangsaan secara pinjaman, Intan Serah dan Steffi Sarge Kaur tiada jalan lain melainkan merakamkam kemenangan ke atas juara Uzbekistan sebanyak lima kali jika mahu mara ke peringkat kumpulan AWCL 2024-25.
Kemaraan ke peringkat kumpulan akan memberikan mereka wang tunai sebanyak AS$100,000 daripada pihak penganjur, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).
Featured Image: Sabah Football Association Women’s Team