Pertahanan Belanda-Malaysia, Mats Deijl Dalam Proses Sertai Harimau Malaya
August 30, 2024 Hafizuddin Omar

Benteng pertahanan skuad bola sepak kebangsaan bakal diperkukuhkan lagi dengan dengan kehadiran pemain kelahiran Belanda berdarah Malaysia, Mats Deijl.

Dimaklumkan, pemain berusia 27 tahun yang yang beraksi bersama Go Ahead Eagles dalam kancah divisyen satu bola sepak Belanda, Eredivisie mempunyai darah keturunan Malaysia menerusi datuknya.

Mats yang mempunyai ketinggian 1.81 meter (m) menyatakan minat untuk beraksi bersama skuad kebangsaan setelah menghubungi pemangku ketua jurulatih, Pau Marti pada Jun lalu.

“Pemain ini telah menghubungi Pau Marti bulan lepas, pemain ini Mats Deijl dari Holland, pertahanan, 27 tahun sekarang bermain dengan Go Ahead Eagles, divisyen satu (Belanda),” kongsi Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Mohd. Amin.

Ketika ini, FAM dan Mats sedang menjalankan proses-proses yang diperlukan untuk membolehkannya menyarung jersi Harimau Malaya.

Berdasarkan pemerhatian, Mats yang turut mampu beraksi sebagai pertahanan kiri dan pemain tengah kanan merupakan tonggak utama bagi Go Ahead Eagles sejak menyertai kelab berkenaan pada tahun 2021.

Sebelum itu, Mats beraksi bersama FC Den Bosch, kelab yang sama disertai oleh adik beradik kembar iaitu pertahanan, Declan Lambert; dan pemain tengah, Ryan Lambert.

Featured Image: Instagram Mats Deijl & Go Ahead Eagles

Komen