Malaysia & New Zealand Berentap Pada 14 Oktober
August 30, 2024 Hafizuddin Omar

Skuad bola sepak kebangsaan bimbingan pemangku ketua jurulatih, Pau Marti akan bertemu dengan New Zealand pada aksi perlawanan antarabangsa tier 1 pada 14hb Oktober kelak.

Pertemuan menentang pasukan yang menghuni ranking ke-94 dunia itu akan berlangsung di tempat lawan, North Harbour Stadium, Auckland.

Perkara tersebut diumumkan secara bersama oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan New Zealand menerusi siaran media masing-masing yang dikeluarkan serentak, pada hari ini.

Untuk makluman semua, pertemuan itu berlangsung dalam tempoh jendela perlawanan antarabangsa FIFA bagi bulan tersebut iaitu 7hb hingga 15hb Oktober 2024.

Ini bermakna perlawanan tersebut akan memberikan pertambahan mata untuk pengiraan ranking dunia yang besar sekiranya berjaya mencatatkan kemenangan ke atas skuad berjulukan The All Whites itu.

Sebagai rekod, Harimau Malaya kali terakhir berentap menentang New Zealand adalah pada 18 tahun yang lalu.

Ketika itu, Harimau Malaya dibimbing oleh Norizan Bakar tewas kepada dua kali di tangan New Zealand dalam aksi persahabatan yang berlangsung sebanyak dua kali pada tahun 2006.

Pertembungan pertama yang berlangsung pada 19hb Februari di Christchurch berakhir dengan keputusan tewas 0-1. Sementara itu, aksi kedua turut berpihak kepada New Zealand dengan keputusan 2-1 pada 23hb Februari di Auckland.

Featured Image: FAM

Komen