
Peruncit pelbagai barangan sukan dan kecergasan, Sports Direct di bawah pemilikan Frasers Group tampil membuka “flagship store” yang pertamanya di dalam negara ini, pada hari ini.
Ianya merupakan pembukaan kedainya yang ke-35 di Malaysia dengan keluasan kedai seluas 23,000 kaki persegi dan menjadi cawangan termajunya setakat ini.
Lokasi “flagship store” ini terletak di Lot S-063, Tingkat 2 (South Wing) di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur.

Sepertimana kebanyakan cawangan Sport Direct, “flagship store” ini menawarkan pelbagai jenama sukan yang terkenal seperti Nike, Adidas, Under Armour, New Balance dan Asics.
Ianya turut menempatkan beberapa ruangan khas yang mengumpulkan barangan daripada pelbagai jenama mengikut jenis-jenis sukan seperti bola sepak, larian, aktiviti luar, latihan, raket, renang termasuk sudut-sudut mengikut jantina lelaki dan wanita serta pakaian kanak-kanak.

Namun begitu, berbeza dengan kedai-kedainya yang lain, “flagship store” ini menawarkan tiga ruangan khas iaitu ruangan “Running Concept” yang turut menempatkan mesin analisis gait, ruangan “Bra Studio” dan ruangan “Outdoor Concept”.
Di ruangan “Outdoor Concept” itu juga, dimaklumkan, Sport Direct “Flagship Store” ini menjadi satu-satunya cawangan yang menjual koleksi pakaian dan kelengkapan pendakian dan aktiviti luar oleh Adidas iaitu Adidas Terrex.

Bersempena dengan pembukaan “Flagship Store” ini, Sports Direct memberikan beg membeli-belah boleh guna semula edisi edisi merdeka secara percuma (selagi stok masih ada) kepada sesiapa yang mendaftar sebagai ahlinya sehingga Ahad (8h September).
Sementara itu, Pengarah Urusan Frasers Group ketika berucap merasmikan pembukaan cawangan tersebut mendedahkan Sports Direct akan membuka “Flagship Store” keduanya di Sunway Pyramid selain mensasarkan 40 cawangan di Malaysia menjelang hujung tahun ini.

