Malaysia vs Lubnan – KBS Sedia 15 Lokasi Tayangan Skrin Besar Termasuk Di Putrajaya
September 6, 2024 Hafizuddin Omar

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kembali mengadakan tayangan skrin besar bersempena dengan perlawanan akhir Pesta Bola Merdeka Edisi Ke-43 melibatkan Malaysia dan Lubnan.

Menerusi makluman yang dikongsikan, sebanyak 13 lokasi tayangan besar di seluruh negara bakal disediakan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) pada hari perlawanan kelak – 8hb September (Ahad).

Senarai 15 lokasi tayangan skrin besar yang disediakan adalah seperti berikut:

  • Dataran Putrajaya
  • Dataran MPKJ @ Stadium Kajang
  • Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Paroi
  • Dataran Bandaraya MBMB, Ayer Keroh
  • Toppen Shopping Centre, Tebrau
  • Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak, Ipoh
  • Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah, Alor Setar
  • Padang Kota Lama, Georgetown
  • Dataran ABC MAIPS, Kangar
  • Kompleks Paya Bunga Sentral, Kuala Terengganu
  • Padang MBK1, Kuantan
  • Dataran Bandaraya MPKB-BRI, Kota Bharu
  • Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sabah, Putatan
  • Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Kuching
  • Balai Raya Kg. Bebuloh Laut, Labuan

Selain itu, lokasi-lokasi tayangan besar ini juga akan mengadakan pelbagai aktiviti sampingan termasuk cabutan bertuah untuk para peminat dan pengunjung.

Sepak mula bagi perlawanan Malaysia dan Lubnan tersebut adalah pada jam 9 malam.

Terdahulu, Malaysia berhasil melangkah ke perlawanan akhir selepas menumpaskan Filipina pada aksi pertama manakala Lubnan pula mengesahkan tempat susulan mengejutkan juara bertahan, Tajikistan.

Featured Image: 

Komen