Pasukan Ranking 210 Dunia Catat Kemenangan Pertama Selepas 2 Dekad
September 6, 2024 Hafizuddin Omar

Selama 20 tahun atau dua dekad, skuad bola sepak kebangsaan San Marino tidak tahu apa itu erti memenangi perlawanan bola sepak.

Bagaimanapun, erti tersebut dapat dihayati oleh skuad San Marino yang menghuni ranking tercorot dunia, ranking ke-210, apabila berjaya merakamkan kemenangan ke atas ke atas Liechtenstein, awal pagi tadi (waktu Malaysia).

Kemenangan kedua dalam sejarah bola sepak San Marino yang penuh bermakna itu terhasil apabila pemain tengah menyumbat masuk bola menerusi satu “lob” ke dalam gawang pasukan yang menghuni ranking ke-199 dunia itu pada minit ke-53 dalam saingan dalam saingan Liga Negara-Negara UEFA.

Sejurus sahaja pengadil perlawanan meniup wisel menamatkan permainan, para pemain, barisan kejurulatihan dan pengurusan meraikannya dengan penuh kegembiraan.

Kegembiraan dan keriangan itu turut diraikan oleh para penyokong San Marino yang hadir di Stadium San Marino yang berkapasiti sekitar 6,000 tempat duduk. 

Sebagai rekod, kali terakhir dan julung kalinya San Marino mencatatkan kemenangan dalam sejarahnya adalah ketika bertemu lawan yang sama, Liechtenstein dalam perlawanan persahabatan sekitar April 2024.

Untuk makluman, San Marino merupakan salah sebuah negara terkecil di dunia berkeluasan 61.2km² yang terletak di dalam Itali dengan populasi sekitar 33,000 penduduk.

Featured Image: San Marino Team

Komen