Ranking BWF: Lee Zii Jia Kini No.3 Dunia
September 10, 2024 Hafizuddin Omar

Pemain badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia terus merekodkan peningkatan dalam Ranking Dunia apabila menghuni ranking ketiga dunia pada hari ini.

Kemaskini oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menyaksikan pemain berusia 26 tahun kelahiran Alor Setar, Kedah melakar peningkatan satu anak tangga berbanding kedudukannya pada minggu lalu.

Kenaikan itu didorong oleh kejatuhan pemain perseorangan lelaki Indonesia, Jonatan Christie – penghuni ranking ketiga dunia pada minggu lalu – sebanyak sebanyak empat anak tangga.

Sebagai rekod, Zii Jia kali terakhir dilihat menghuni ranking ketiga dunia adalah pada 20hb Oktober 2022 – hampir dua tahun lalu – sebelum menaiki posisi kedua dunia dan kemudiannya jatuh ke tangga keempat dunia selang tiga bulan kemudian.

Sementara itu, kedudukan dua teratas bagi kategori perseorangan dalam Ranking Dunia kekal menjadi milik pemain China, Shi Yu Qi dan pemenang pingat emas Sukan Olimpik dua kali berturut-turut, Viktor Axelsen.

Featured Image: VICTOR

Komen