Premier Sarawak Cadang Anjur Semula Sukan Borneo
September 12, 2024 Hafizuddin Omar

Kerajaan Negeri Sarawak mencadangkan agar temasya sukan yang membabitkan wilayah dan negara di Kepulauan Borneo iaitu Sukan Borneo dianjurkan semula.

Cadangan itu dilontarkan sendiri oleh Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan memaklumkan ianya telah dikongsikan kepada Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh.

“Saya telah melontarkan kepada Menteri Belia dan Sukan kami mahu adakan Sukan Borneo iaitu acara sukan untuk negara-negara di (Kepulauan) Borneo iaitu Malaysia terdiri daripada Sarawak dan Sabah, negara jiran kita Brunei Darussalam dan Indonesia (iaitu) Kalimantan,”

“Insya-Allah, saya akan kemukakan idea ini dengan dengan rakan-rakan kita (wilayah dan negara di Borneo),” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam SUKMA Sarawak 2024 seperti dilaporkan oleh TVS.

Abang Johari percaya penganjuran sukan itu bukan sahaja dapat mencungkil bakat atlet-atlet daripada kepulauan ketiga terbesar di dunia tersebut bahkan mengeratkan hubungan empat wilayah terbabit.

Untuk pengetahuan semua, Sukan Borneo julung kalinya dianjurkan oleh Brunei pada tahun 1954. Manakala kali terakhir ianya dilangsungkan adalah pada tahun 2009 juga di Brunei.

Featured Image: Facebook Para SUKMA Sarawak 2024

Komen