Terbuka China: Goh Jin Wei Kandas Pusingan 32
September 17, 2024 Hafizuddin Omar

Perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei menjadi pemain pertama yang terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada saingan Terbuka China 2024 yang bermula pada hari ini.

Ianya berikutan pemain berusia 24 tahun berkenaan tumpas seawal pusingan 32 di tangan perseorangan wanita Chinese Taipei, Sung Shuo Yun pada aksi yang berlangsung di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik, Changzhou pada pagi tadi.

Dalam pertarungan tersebut, Jin Wei mengalami kekalahan menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 9-21, 21-12 dan 8-21 dalam tempoh masa 50 minit.

Sebagai rekod, ini merupakan kemenangan pertama dilakar Shuo Yun ketika menentang Jin Wei selepas tewas aksi pertama melibatkan kedua-dua pemain di Terbuka Malaysia 2024, pada Januari lalu.

Sementara itu, Shuo Yun yang melakar kemenangan ke atas Jin Wei dapat meneruskan kemaraannya ke pusingan 16 dalam saingan Jelajah Dunia BWF Super 1000 ini.

Menantinya di peringkat tersebut adalah samada salah seorang daripada pemain China iaitu Han Yue (pilhan keenam kejohanan) atau Gao Fang Jie.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

Komen