Perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia tidak melangkah jauh dalam saingan Terbuka China 2024.
Sebaliknya perjalanannya terhenti setakat Pusingan 32 sahaja gara-gara tewas di tangan pemain Jepun yang menghuni ranking ke-15 dunia, Koki Watanabe pada hari ini.
Dalam pertarungan tersebut, Zii Jia yang diletakkan sebagai pilihan ketiga kejohanan tewas set pertama menerusi skor 15-21 sebelum dikejutkan dengan skor 2-21 pada set kedua.
Sebagai rekod, ini merupakan kekalahan kedua berturut-turut Zii Jia apabila bertemu Watanabe selepas tewas aksi sulungnya bertemu pemain yang sama di Terbuka Swiss 2023.
Pertarungan itu turut menyaksikan Zii Jia tewas secara “straight set” iaitu 11-21 dan 14-21 juga dalam tempoh sekitar setengah jam.
Susulan kemenangan ini, Watanabe yang meneruskan perjalanannya ke pusingan 16 bagi salah satu saingan Jelajah Dunia BWF Super 1000 ini akan menantikan cabaran daripada perseorangan Chinese Taipei, Wang Tzu Wei.
Featured Image: Olympic Council of Malaysia