Seorang Lagi Pemain JDT Sertai Kuching City FC
September 18, 2024 Hafizuddin Omar

Kelab yang berpangkalan di Sarawak, Kuching City FC menerima seorang lagi pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia 2024-25.

Pemain yang dimaksudkan itu ialah Ramadhan Saifullah, berusia 23 tahun, sepertimana dikongsikan oleh platform-platform media sosial skuad berjulukan The Cats itu pada Selasa.

Bagaimanapun, tiada sebarang perincian dikongsikan oleh Kuching City FC samada khidmat Ramadhan itu diikatnya secara pinjaman daripada JDT atau berkontrak kekal.

View this post on Instagram

A post shared by Kuching City FC (@kuchingcityfc_official)

Berdasarkan rekod, Ramadhan hanya tampil sebanyak tiga kali bersama JDT pada musim ini iaitu dua daripadanya selaku pemain gantian dalam saingan Liga Super manakala satu lagi bermula dalam kesebelasan utama dalam perlawanan Piala FA.

Untuk makluman, Ramadhan merupakan pemain JDT kedua yang menyertai Kuching City bimbingan Aidil Sharin Sahak pada jendela perpindahan kali ini setelah mendapatkan khidmat Hazwan Bakri pada minggu lalu.

Sebelum bermulanya Liga Malaysia 2024-25, Kuching City FC mengikat pemain tengah JDT yang berusia 27 tahun iaitu Danial Amier secara pinjaman selama semusim.

Featured Image: Kuching City FC

Komen