Aznil Bidin Rangkul Emas Kategori 67kg Di Kejohanan Komanwel CWF 2024
September 18, 2024 Hafizuddin Omar

Atlet angkat berat negara, Aznil Bidin berjaya membawa pulang pingat emas daripada Kejohanan Komanwel Persekutuan Angkat Berat Komanwel (CWF) 2024.

Beraksi dalam kategori baharu bagi dirinya, kategori 67 kilogram (kg), kilauan pingat tersebut menjadi atlet berusia 30 tahun berkenaan selepas berjaya melakukan angkatan seberat 300kg.

Kejayaan Aznil itu dikongsikan sendiri oleh Presiden Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM), Datuk Ayub Rahmat menerusi akaun Facebook rasminya, pada awal pagi tadi.

Menurut Ayub, perubahan kategori ini akan memberikan ruang yang lebih baik buat Aznil serta negara lebih-lebih lagi menjelang Sukan Komanwel 2026.

Sebelum ini, Aznil beraksi dalam kategori 61kg sama seperti jaguh angkat berat negara yang menamatkan tempat keempat di Sukan Olimpik 2024 iaitu Aniq Kasdan.

Sementara itu, di kejohanan yang sama, Aniq turut membawa pulang pingat emas dalam kategori 61kg hasil kejayaan menyempurnakan angkatan seberat 298kg – rekod baharu kejohanan dan komanwel.

Selain itu, Kontinjen Malaysia turut membawa pulang pingat emas menerusi Amin Sukri dan Syasha dalam kategori remaja.

Featured Image: Ayub Rahmat 

Komen