De Rossi Dilepaskan Selepas 4 Perlawanan Serie A Musim 2024-25
September 18, 2024 Hafizuddin Omar

Legenda AS Roma iaitu Daniele de Rossi tidak lagi bergelar ketua jurulatih bagi skuad berjulukan Giallorossi selepas mengendalikan empat perlawanan Serie A musim 2024-25.

Ini susulan AS Roma mengumumkan melepaskan jurulatih berusia 41 tahun tersebut menerusi satu kenyataan media, pada hari ini.

Empat perlawanan itu menyaksikan AS Roma gagal melakar sebarang kemenangan dan sekadar melakar tiga keputusan seri dan satu kekalahan.

Kelab menjelaskan keputusan melepaskan de Rossi itu dilakukan untuk kebaikan pasukan serta kembali ke landasan yang dikehendaki secepat mungkin sementara saingan masih di awal musim.

Untuk makluman, pelepasan de Rossi ini hadir lima bulan selepas de Rossi diikat secara jangka masa panjang oleh AS Roma.

Tiga bulan sebelum itu, de Rossi dilantik sebagai ketua jurulatih dengan kontrak sehingga 30hb  Jun 2024 bagi menggantikan Jose Mourinho yang turut dilepaskan.

Featured Image: AS Roma

Komen