Leeds United Umum Pembesaran Stadium – Kapasiti 53,000
September 24, 2024 Hafizuddin Omar

Pasukan yang beraksi dalam kancah Liga Kejuaraan Inggeris iaitu Leeds United bakal beraksi di stadium yang berwajah baharu dengan kapasiti yang ditingkatkan menjadi 53,000 berbanding 37,645 tempat duduk pada ketika ini.

Ini susulan kelab berjulukan The Whites itu mengumumkan pelan untuk menaik taraf gelanggang rasminya sejak tahun 1919 iaitu Stadium Elland Road menerusi satu kenyataan yang dikongsikan pada hari ini.

Selain meningkatkan kapasiti tempat duduk penonton, pelan naik taraf itu turut merangkumi kerja-kerja pemodenan stadium, peningkatan signifikan kapasiti tempat duduk terbuka, mengekalkan reka bentuk teras stadium serta pelan pembinaan secara berfasa agar dapat mengekalkan penggunaan tempat duduk semaksimum yang mungkin sepanjang projek itu dijalankan.

Selepas selesai projek naik taraf terbabit, Stadium Elland Road akan menjadi stadium kelab ketujuh terbesar di negara berkenaan serta berstatus Stadium UEFA Kategori 4.

Untuk makluman semua, Leeds United kini dimiliki secara penuh oleh 49ers Enterprises Global Football Group LLC yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).

49ers Enterprise mempunyai pengalaman membina Stadium Levi’s di California, AS yang menjadi gelanggang rasmi pasukan bola sepak Amerika Syarikat iaitu San Francisco 49ers. 

Featured Image: Leeds United

Komen