
Nama pemain badminton negara, Lee Zii Jia dalam kelompok tiga perseorangan lelaki terbaik dunia hanya bertahan selama dua minggu sahaja bermula 10hb September lalu.
Bagaimanapun, pemain kelahiran Alor Setar, Kedah itu terkeluar daripada kelompok tersebut dan jatuh ke kedudukan kelima dunia selepas Persekutuan Badminton Dunia (BWF) melakukan kemaskini Ranking Dunia pada hari ini.
Kejatuhan itu berpunca daripada Zii Jia yang tumpas pada pusingan 32 dalam dua kejohanan terakhir yang disertainya iaitu Terbuka Jepun 2024 dan Terbuka China 2024.
Prestasi tersebut menyebabkan Zii Jia tidak dapat memungut tambahan mata untuk dimasukkan dalam kelompok sepuluh pungutan mata tertinggi bagi tempoh 52 minggu yang lepas untuk pengiraan Ranking Dunia.
Sementara itu, ranking ketiga dunia kini diisi oleh rakan karibnya dari Denmark iaitu Anders Antonsen yang mara sehingga peringkat suku akhir Terbuka China 2024.
Manakala posisi keempat dunia pula dihuni pemain Jepun, Kodai Naraoka yang mara ke perlawanan akhir Terbuka China 2024 namun tumpas di tang pemain tuan rumah, Weng Hong Yang.
Featured Image: Facebook VICTOR