Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) nampaknya berusaha untuk menempatkan skuad bola sepak kebangsaan dalam Balang 1 menjelang undian sesi undian Pusingan Akhir Piala Asia 2027.
Usaha itu dilakukan dengan mengatur Perlawanan Antarabangsa Toer 1 menentang pasukan terakhir dalam Balang 1 pada ketika ini iaitu India semasa jendela perlawanan antarabangsa FIFA pada bulan November.
Perkara tersebut disahkan sendiri oleh FAM dimana skuad kebangsaan berjulukan Harimau Malaya bimbingan Pau Marti akan bertandang ke tempat lawan untuk menentang pasukan tersebut pada 19hb November.
Bagaimanapun, venue dan waktu sepak mula perlawanan itu belum diketahui lagi dan ianya akan diumumkan apabila dimuktamadkan oleh Persekutuan Bola Sepak Seluruh India.
Untuk makluman, India yang ketika ini menghuni tempat terakhir dalam Balang 1 berada di ranking ke-126 dunia manakala Malaysia pula menduduki ranking ke-132 dunia – perbezaan sebanyak enam mata.
Manakala daripada segi perbezaan mata pula, kedua-duanya hanya dibezakan dengan 15.88 mata sahaja.
Malaysia mempunyai peluang untuk merampas kedudukan terakhir dalam Balang 1 samada dengan memintas India atau mengharapkan India terus mengalami kejatuhan dalam Ranking Dunia.
Selain India, Harimau Malaya juga akan bertembung pasukan ke-95 dunia, New Zealand pada 14hb Oktober.
Sementara itu, satu lagi Perlawanan Antarabangsa Tier 1 pada Oktober dan November masing-masing juga belum dimuktamadkan dan akan diberitahu kelak.