
Beregu campuran No.4 negara, Hoo Pang Ron dan Cheng Su Yin berhasil mengesahkan tempat ke peringkat separuh akhir bagi Jelajah Dunia BWF Super 300.
Kemaraan oleh gandingan pemain 26 dan 21 tahun masing-masing itu dilakar dalam saingan Terbuka Macau 2024 dengan mengejutkan pasangan yang diletakkan selaku pilihan pertama kejohanan, Tang Chun Man dan Tse Ying Suet.
Bertambah mengejutkan, Pang Ron-Su Yin mengejutkan pasangan yang menduduki ranking kelapan dunia itu dengan melakar kemenangan secara “straight set” menerusi skor 21-18 dan 21-18 dalam tempoh masa 39 minit.
Kemenangan dalam pertemuan julung kali ke atas pasangan tersebut membawa mereka bertemu gandingan No.1 Indonesia, Dejan Ferdinansyah dan Gloria Emanuelle Widjaja pada peringkat separuh akhir, esok.
Pertemuan dengan gandingan Indonesia itu akan menjadi yang kedua selepas mereka bertemu buat julung kalinya pada peringkat suku akhir Terbuka China 2024, pada minggu lalu.
Pertemuan itu menyaksikan kempen Pang Ron-Su Yin di Terbuka China berakhir susulan tewas 14-21 dan 9-21 di tangan Dejan-Gloria.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia