
Skuad berjulukan Gergasi Merah iaitu Selangor FC tampil mengumumkan seorang lagi pemain import baharu yang diikatnya semasa jendela perpindahan pertengahan musim baru-baru ini.
Menerusi makluman kelab, pemain baharu yang diikatnya ialah Nikola Jambor atau dikenali sebagai Niko yang merupakan seorang pemain tengah yang mempunyai ketinggian 1.90 meter (m).
Pemain tersebut berusia 28 tahun dan berasal dari Croatia dan mempunyai pengalaman beraksi dalam kancah Liga Portugal, Liga Belgium dan Liga Arab Saudi selain saingan bola sepak negara kelahirannya.
Niko dibawa masuk oleh skuad bimbingan Nidzam Jamil untuk memperkuatkan lagi bahagian tengah Selangor FC untuk menghadapi baki saingan Liga Malaysia dan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) 2024-25.
Untuk makluman semua, Niko merupakan pemain import ketiga yang dibawa masuk Selangor FC pada jendela perpindahan baru-baru ini selepas mengikat Ali Olwan dan Muhammad Abualnadi.
Featured Image: Selangor FC