
Pasukan yang menghuni ranking ke-95 dunia, New Zealand tampil mengumumkan senarai pemain yang dipanggilnya untuk menghadapi perlawanan pada Oktober 2024.
Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini, skuad berjulukan All Whites menamakan 21 pemain yang dipilih oleh ketua jurulatih, Darren Bazeley dimana sembilan daripadanya terdiri daripada pemain yang beraksi di eropah.
Antaranya Max Crocombe (Burton Albion, England), Tyler Bindon (Reading FC, England), Libby Cacace (Empoli FC, Itali), Matt Garbett (NAC Breda, Belanda), Marko Stamenic (Olympiacos, Greece), Eli Just (SKN St. Polten, Austria), Ben Old (AS Saint Etienne, Perancis), Ben Waine (Plymouth Argyle, England) dan Chris Wood (Nottingham Forest, England).
Salah seorang pemainnya, Michael Boxall beraksi bersama Minnesota United di Amerika Syarikat manakala bakinya yang lain adalah pemain dari Liga Australia dan liga domestiknya, New Zealand.
New Zealand dijadualkan berhadapan dengan Tahiti pada 11hb Oktober untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026 peringkat OFC di Vanuatu diikuti dengan pertembungan menentang Malaysia dalan satu perlawanan antarabangsa tiga hari kemudian di Auckland.
Featured Image: New Zealand Football