Seramai tiga muka baharu dipanggil oleh ketua jurulatih skuad bola sepak kebangsaan, Pau Marti untuk menghadapi perlawanan antarabangsa Tier 1 menentang New Zealand pada 6hb Oktober kelak.
Tiga muka baharu yang dipanggil oleh Pau untuk menyertai skuad berjulukan Harimau Malaya ialah penjaga gol, Azim Al Amin (Selangor FC); penjaga gol, Haziq Aiman Mohd Esa (Johor Darul Ta’zim II) dan Haykal Danish Mohd Haizon (Selangor FC B-23).
Sementara itu, pemain tengah Sabah FC iaitu Stuart Wilkin kembali disenaraikan oleh Pau setelah tidak dipanggil pada kem latihan skuad kebangsaan yang lalu.
Sementara itu, 23 yang lain adalah pemain yang sama yang membarisi skuad kebangsaan ketika beraksi dalam saingan Pesta Bola Merdeka 2024 menghadapi Filipina dan Lubnan pada bulan lalu.
Difahamkan, tiada sebarang kem latihan kebangsaan akan dilakukan di Malaysia sebaliknya kesemua pemain akan terus terbang ke Auckland pada 6hb Oktober untuk menjalani kem latihan selama seminggu di sana.
Sehari selepas perlawanan menentang New Zealand, kesemua pemain dan barisan kejurulatihan akan terbang pulang ke tanah air.
Featured Image: FAM