
Pasukan yang menduduki tangga ketiga Liga A1 Semi-Pro iaitu Kuala Lumpur Rovers FC tampil menandatangani dua pemain import bagi menghadapi saingan Piala Malaysia 2024-25 yang akan bermula 8-10 November kelak.
Dua pemain baharu yang diikat oleh skuad bimbingan Wan Mustaffa Wan Ismail tesebut ialah Lee Ju-Hang dan Moon Si-Hyun dari Republik Korea sepertimana dikongsikan oleh pihak kelab pada hari ini – kira-kira tiga hari sebelum berakhirnya jendela perpindahan pertengahan musim Liga A1.
Dimaklumkan, KL Rovers FC telah disahkan beraksi dalam kancah Piala Malaysia 2024-25 dan kemasukan dua pemain tersebut diharapkan mampu membantu KL Rovers FC memberikan saingan.
Ini merupakan julung kalinya KL Rovers FC kembali mendapatkan kudrat pemain import selepas menandatangani Sergio Aguero dan Davy Angan pada tahun 2020.
Untuk makluman semua, kelab-kelab Liga A1 Semi-Pro dibenarkan untuk mendaftarkan maksimum dua pemain import yang berusia 18 hingga 21 tahun pada musim ini.